Dilahir ke dunia
berpangkat, berkuasa
Dijunjung, dipohon ampun
kerana menggenggam darjat
setinggi langit
"siapa berani membuat khianat segerakan titah pembunuhannya. Beta punya pembesar, Bendahara, dan Laksamana. Tiada perlu beta risaukan. Beta masih muda. Biar cuma mereka yang mengurus negri. Beta jadi sultan. Memang raja, tetap raja!"aduhai pemimpin agung.
Jebat.
Ini Hang Jebat, sang wira tersohor
dituduh derhaka
Tun Mutahir.
Memang ini bendahara puaka
sudah dilantik, dibunuh pula
aduhai khalifah dunia
Alu aluan nista,
angkuh kerana punya kuasa.
Itu dia punca Feringgi terasa
dan apa lagi
binasa semua
aduhai ketua mulia
Satu ratus tiga puluh tahun.
Semua derita
rakyat terhina.
Perawan Gunung Ledang,
Tun Fatimah si bini orang.
Gunung, tak terlalu tinggi
untuk didaki titahnya.
Laut, tak terlampau luas
untuk direnang amanatnya.
Semua, bagai bulan jatuh ke riba
aduhai wali dunia
Ampun Tuanku beribu ribu ampun
Sembah patik, harap diampun
Adapun patik tertanya tanya,
Eh hei Sultan Mahmud
apa masih lagi berbisa daulatmu ?
27 September 2009
Kerja teater pertama sebagai penuntut tahun pertama universiti -- "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"
No comments:
Post a Comment