Friday, December 27, 2013

Langit

Langit muram, macam nak nangis.

Eh.
Atau langit cuma sedang lapar ?


sebab aku muram dan cengeng-- bila lapar.
sama la kot



Masa itu aku pelajar tahun pertama dalam sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Hampir satu jam tunggu bas, aku keluarkan buku nota, kepala berteduhkan pokok dan pinggang bersandarkan telefon awam, aku mula cakar.

Tafsir cara kau.

Oh, dan masa itu, aku kurus sangat. kahkahkah..


Entri Pertama

Entry pertama.

Aku buat blog pada umur bakal mencecah setengah tiga puluh. Sebab pada peringkat umur begini, kau tak ada kawan-kawan di sekolah untuk tadah telinga mendengar rengek suka duka kau. Dan kau pun tak ada kawan satu tempat kerja yang sentiasa ada masa lebih untuk hadir dalam setiap lapar dahaga kau.

Kau, hanya ada diri kau. 

Dan jangan hurai depan aku perihal tentang Tuhan. Di mana Tuhan itu selalu ada untuk setiap keluh kesah, dan bagaimana Tuhan itu Maha Segala. Kau jangan risau. Selagi aku tak nampak mana tiang yang menegakkan langit tinggi terpacak atas kepala aku, dan selagi aku tak jumpa mana dasar paling kukuh yang selama ini menyokong tanah aku berdiri, maka selagi itu: yang aku sebut menggunakan lidah, yang aku pegang dalam hati, yang aku tunjuk melalui perbuatan --Kalimah Syahadah, Rukun Iman dan Rukun Islam.

Kau tak suka baca, jangan.
Sebab ini tempat perempuan gemuk yang sendiri bernama Shadow Mazlan -- bermonolog.

Assalamualaikum

Selamat Malam

Hembuskan dalam angin malam,
    dan tenunglah bulan itu.
Kau, dalam doa aku.

Tidurlah dengan tenang.



Tidak bertarikh. Aku cakar atas kertas tisu, dalam selimut.

Jangan Tulis

Kalau titis hujan semuanya tulisan tinta,
Maka sudah selaut curahan bicara,
    dan tanda tanya.

Biar masa yang pandu. Sabar.

Hasbi Rabbi, Hasbi Rabbi, Hasbi Rabbi.




Tidak bertarikh. Aku cakar belakang air-kotak.

Penafian,Penipuan

Kalau ini bukan cinta,
     mengapa saat tidur bangun,
           hati selalu rindu?
Kalau ini bukan cinta,
     mengapa waktu makan mandi,
           hati selalu seru?

Berhenti nafi.
Syukur --sebab ini petanda kesuburan hati.




Tidak bertarikh. Aku tak ingat masa bila aku cakar.

Saya Melayu

Pantang dihulur kepal,
       kepal jua dibalas.
Pantang usung cabaran,
      ditolak sepi diarak sahut.
Darah jati diri pahlawan Melayu
       pantang undur sebelum cuba,
       pantang kalah sebelum menang,
       pantang maut sebelum ajal.
Pantang langit, pantang bumi ;
Pantang barat, pantang timur ;
Itu pantang ini pantang
Hoi Melayu, kau fikir kau tuhan ?

Mei 2012, saksi kejadian Melayu bertumbuk.

Kertas Bernyawa

Kalau lontaran rasa dari tinta
        bisa jelma dan bernafas,
Pasti basah kertas kertas
        penuh berdarah dan air mata.


Mujurlah..


April 2012, dalam khemah di Bukit Cerakah. 

Waktu Itu

Pada waktu itu,
hari macam ini
cuaca macam ini
suara burung macam ini
bau daun macam ini

Pada waktu itu,






aku mati.


17 April 2012, Bukit Cerakah

Tolong Telefon Saya

Perempuan celaru itu genggam telefon erat erat,
harap orang itu telefon.
Perempuan celaru itu terus berjalan dalam sesat,
harap orang itu telefon.

Hampa.
Perempuan celaru itu, masih sesat, masih pegang telefon --erat erat.


2009, celah lorong kota.

Raja Berdaulat

Nasib badan.
Dilahir ke dunia
berpangkat, berkuasa

Dijunjung, dipohon ampun
kerana menggenggam darjat
setinggi langit

"siapa berani membuat khianat segerakan titah pembunuhannya. Beta punya pembesar, Bendahara, dan Laksamana. Tiada perlu beta risaukan. Beta masih muda. Biar cuma mereka yang mengurus negri. Beta jadi sultan. Memang raja, tetap raja!"
aduhai pemimpin agung.

Jebat.
Ini Hang Jebat, sang wira tersohor
dituduh derhaka

Tun Mutahir.
Memang ini bendahara puaka
sudah dilantik, dibunuh pula

aduhai khalifah dunia

Alu aluan nista,
angkuh kerana punya kuasa.
Itu dia punca Feringgi terasa
dan apa lagi
binasa semua

aduhai ketua mulia

Satu ratus tiga puluh tahun.
Semua derita
rakyat terhina.

Perawan Gunung Ledang,
Tun Fatimah si bini orang.
Gunung, tak terlalu tinggi
untuk didaki titahnya.
Laut, tak terlampau luas
untuk direnang amanatnya.
Semua, bagai bulan jatuh ke riba

aduhai wali dunia

Ampun Tuanku beribu ribu ampun
Sembah patik, harap diampun
Adapun patik tertanya tanya,

Eh hei Sultan Mahmud
apa masih lagi berbisa daulatmu ?


27 September 2009
Kerja teater pertama sebagai penuntut tahun pertama universiti -- "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"

Pandang Depan

Jadi orang.
Bila berkata kata --jaga.
Jaga bahasa.
Jaga budi.

Mana kau nak umpat, kau nak keji.
Pandang pandang.

Sebab nanti suatu hari,
dekat depan sana :
Masa --bakal berkenyangkan usia.
Sudah tua nyanyuk menggigil bertongkat,
apa lagi
kalau bukan meminta minta,
macam hina.
Itu dia, muda sebelum tua.


Jadi orang.
Rugi bila tak cerdik berkata.
Rugi bila kurang arif bermanis.

Pada masa kau nak kutuk, nak maki.
Pandang pandang.

Sebab sampai nanti suatu hari,
dekat depan sana :
Menangis --bila tuhan noktahkan semua senang kau, kaya kau.
Itu dia, kaya sebelum miskin.


Alahai kita kita.
Jadi orang.
Dongak tinggi tinggi tengok langit.
Pada masa kau rendahkan, hinakan, injakkan --yang di tanah tanah.
Pandang pandang.


Sebab nanti ada
lapang sebelum sempit
sihat sebelum sakit
dan
hidup sebelum mati

Jadi, pandang pandang. Ya?



Shadow Mazlan, yang di tanah tanah.
27 September 2009
Mentah.

Harijadi Duapuluh

Hari ini
Tanggal tiga belas haribulan sembilan, tahun dua ribu sembilan.
Saya sudah nekad,
untuk berhenti menunggu.

Sekarang awak pergilah -- jauh jauh.
Beratus beribu berjuta batu,
sebab saya sudah tak mahu tunggu.

Sekarang saya pun nak jalan ke hadapan -- jauh jauh
Beratus beribu berjuta batu,
dengan haluan yang saya mahu.

Sekarang jika orang tanya,
"Hai, adakah awak percaya pada cinta ? "

Saya boleh jawab,
"Ha Ha. Lambat. Saya dan tinggalkannya pun.
Beratus beribu berjuta batu,
di belakang. "


Selamat 20, jiwa robek.
13 September 2009
1310H